25 January 2007

Tips untuk cergaskan sinaps otak

Otak manusia mempunyai trilion neuron yang setiap satunya mempunyai fungsi tertentu dalam struktur koordinasi otak kita. Adakah anda menggunakan sepenuhnya otak anda? Bagaimanakah nak menjelajahi keseluruhan otak kita? Hebat sangat ke Einstein ? Hanya teori kuantum masa yang ditimbulkan membuatkan beliau seorang yang amat disanjungi dalam sejarah sains fizik. Adakah beliau setanding dengan ilmuwan Islam terdahulu seperti al-Biruni, al-Kindi, al-Jabbir ?

Tips menggunakan otak sepenuhnya tidak banyak dilakukan oleh kita. Kebanyakan orang mengharapkan kaedah pengambilan makanan yang betul disamping khasiat yang dibekalkan dan ransangan luaran yang tidak sengaja seperti pembacaan dan bermain sudoku. Saya akan berkongsi dengan anda bagaimana untuk meneroka neuron-neuron otak kita yang masih tidur.

Pertama, berdiri dan depakan tangan kemudian silangkan tangan dan genggamkan kedua belah tangan seterusnya tangan yang digenggam itu letakkan pada dada . Kedua, hulurkan tangan kanan dan lukis dengan imaginasi anda simbol infiniti. Ketiga, menghadap cermin dan lihat pada diri sendiri kemudian cuba sebutkan perkataan berlawan bagi 7 benda yang anda lihat. Contohnya, anda lihat hidung tapi sebutlah mata , lihat mata sebutla hidung dan seterusnya....Akhir sekali, tepuk la dan katakan yahooooo.

Pelikkan aktiviti fizikal di atas? Apapun inilah yang akan menggerakkan neuron otak kita..Percayala dan lakukan sehingga sebulan berturut-turut dan anda akan dapat merasai perbezaannya.

Salam minda hebat dari saya

17 January 2007

Jalan Pantas untuk Berjaya

Kenapa tajuk di atas boleh timbul?Ini kerana manusia semakin ramai dah kecapi kejayaan dari kegagalan yang dihadapi sebelum ini. Kegagalan yang dihadapi membuatkan manusia berdiri teguh pada prinsip untuk berjaya. Walaupun kita tahu kejayaan bukan datang dengan mudah tetapi kita boleh mencapai kecemerlangan dengan jalan pantas.

Bagaimana? Caranya adalah gagal banyak kali. Dari kegagalan tersebut kita pasti dapat inspirasi mencari penyelesaian yang terbaik dalam mendaki puncak kejayaan. Contohnya, anda tahu bagaimana Post-it iaitu syarikat yang mencipta nota pelekat warna kuning dapat idea? Sebenarnya syarikat tersebut telah gagal dalam persaingannya menghasilkan gam terbaik di dunia. Dengan gagal beberapa kali, akhirnya mereka menggunakan gam itu untuk nota itu. Berfikir di luar kotak kan?

Fikirkan dan tajamkan minda anda dengan ransangan persekitaran anda !

09 January 2007

Kenapa Perlu Cemerlang ?

Kita dilahirkan untuk menjadi seorang yang hebat. Islam mengharuskan Muslim menjadi seorang yang terhormat dikalangan komuniti. Ini menunjukkan kita perlu menguasai kepelbagaian ilmu untuk merealisasikan impian yang tertanam lama dalam hati. Kekuatan dan kehebatan seorang manusia terletak pada ilmunya .Wara' dan alimnya seorang Muslim bukan hanya terletak pada ibadahnya yang dikerjakan bahkan ilmu yang dimilikinya adalah harta yang paling berharga bagi Muslim sejati.

Pelbagai medium atau sumber ilmu pengetahuan boleh kita dapati hari ini. Semuanya terpulang kepada individu masing-masing dalam memperolehi ilmu sehinggalah mengaplikasi ilmu tersebut. Adakah seorang jurutera hanya dengan ilmu kejuruteraannya? tidak mustahil seorang jurutera boleh menguasai bidang pengurusan atau animasi grafik. Kepelbagai bidang ilmu mewujudkan keintelektual yang lebih dari tahap biasa pada diri seseorang manusia. Ini meningkatkan kredibiliti invidu tersebut ke tahap yang boleh dibanggakan dan menyebarkan agen motivasi kepada individu lain.


Salam.....

27 December 2006

Salam Taaruf .....

Blog ini adalah sumber inspirasi kepada mereka-mereka yang ingin jadi seorang luar biasa dan mempunyai kelainan dari segala segi berbanding orang lain. Beberapa tips dan kata-kata motivasi akan disampaikan melalui pengalaman mereka yang telah mencapai apa yang dikehendaki dan diimpikan selama ini. Jika anda mempunyai motivasi sekarang, maka marilah sama-sama mengekalkannya sehingga akhir hayat. Semoga anda tergolong dalam kalangan manusia yang mempunyai potensi luar biasa dan tidak pernah sesekali memandang rendah diri sendiri.